
Orang melayu lelaki dan wanita memang ada mengamalkan beberapa gerakan senaman tenaga batin samada pada setiap hari atau pada tempoh-tempoh tertentu.Ada yang mengamalkan cuma satu dua gerakan ada yang lebih banyak,ada yang mengajarkan perkara-perkara ini kepada bakal-bakal pengantin.Ada gerakan yang disertai oleh praktik pernafasan yang bersistem,ada yang lebih mementingkan gerakan dari aspek pernafasan.Ada gerakan yang disertai dengan doa,ayat atau jampi,ada yang dilakukan tanpa perkara tersebut.Namun yang jelas ialah bahawa kebanyakan dari gerakan senaman ada unik,tidak ditemui dicatat dalam mana-mana teks kuno bangsa-bangsa lain.
Antara disiplin yang banyak diperkatakan ialah Senaman Harimau dan Senaman Kucing, sedangkan ada juga gabungan gerakan yang tidak diketahui namanya oleh pewarisnya.Senaman-senaman ini nampaknya dicari-cari oleh ramai lelaki dan wanita Melayu yang mengetahui keujudannya.Jika diambil secara lisan,biasanya disyaratkan untuk "memutus" dengan menghadiahkan kain atau kain putih atau satu persalinan atau asam garam serta wang bergantung kepada syarat guru.Oleh kerana kesan positifnya terhadap kesihatan tenaga batin ia dianggap sebagai khzanah yang tinggi nilainya.
No comments:
Post a Comment